Welcome to blog yg tak seberapa nih. Sila follow and komen yg mane2 patut and saya akan follow anda ~

Thursday, June 2, 2011

Simbah Acid ?

4 bulan yg lepas, gempar kes jenayah Simbahan Asid ke muka di sekitar Kuala Lumpur ngan Selangor bila 2 orang murid berumur 10 dan 12 tahun beserta sorang guru mereka dari Sekola Kebangsaan Bukit Bandaraya, Jalan Bangkung Bangsar di simbah Asid oleh sorang penunggang motosikal.


Dipercayai kejadian ini dilakukan oleh suspek yg sedia ada tersebar gambarnya di seluruh Malaysia dan masih lagi bebas tanpa searang tangkapan..


Dengan itu beware la dengan lakaran suspek diatas kerana dipercayai suspek mempunyai mental illness dengan menyimbah asid ke sesiapa sahaja tanpa sebarang motif. Antara kes-kes lain yang terus dilaporkan ialah ::

March 24 2011- Two marketing executives were splashed with acid as they were walking along Jalan Tun Sambanthan at 5.30pm.
March 25 2011- A 25-year-old history teacher, on the way to school, was attacked near the back gate of a school in Jalan Sultan Abdul Samad at 7am.


March 26 2011- A Frenchman and his female companion became the 13th and 14th victims of a corrosive liquid-splashing attack by a motorcycle duo in Jalan Conlay about 3pm.
April 2 2011- In Jalan Mantin, Negri Sembilan, a 27-year-old woman and her 18-year-old niece were attacked by two men on a motorcycle 9pm.
May 6 2011- Two women were splashed with acid when a motorcyclist attacked them from behind in Jalan Pudu Lama at 9pm.
May 6 2011- Thirty minutes later, a lawyer in her 30s, was attacked near a parking lot in front of The Mall shopping centre in Jalan Putra.
May 7 2011- A woman and her one-year-old baby were standing in her house compound in Persiaran Titiwangsa when the splasher rode by and threw the liquid at them at 3pm.   

Wednesday, June 1, 2011

Pencuri !

Bangun jer pkul 6.30pg , Solat Subuh , terasa cam nk pergi tngk Motor kat luar tuh.. Tngk2 mcam bese jer, tak de pulak ape2 yg pelik, yela mate tengah ngntuk lg.. Bru bngun tido la katakn.. Tp pkir pnye pikir lg, HELMET ATAS MOTOR aku dh HILANG !! Cari pnye cari kat tmpat laen tak de jgk.. Sudah, kompem da kena curi ni! Panas la jgk bila helmet kena curi nih, RM50 jgk kat kedai nih. Aduhai. Ape la pencuri nih,
tak der bnde laen ke nk kebas? HELMET buruk aku jugak diorang nk rembat.




Camne la diorang ni bleh trpikir nk ambik brg org lain camtu jer, tak ke berdosa camtuh. Kes curi mencuri ni biasa kita dengar mane2 jer. Law kat bandar2 besar, pencuri2 ni selalu jer aim Rumah2 flat yg bertingkat-tingkat dan amik peluang tuk Curi benda2 yg ditinggalkan kat bawah especially MOTORSIKAL, KERETA tak pon BASIKAL even yg buruk sekalipon diorang kebas lg.. Dengan itu wahai penduduk bandar, sentiasala berwaspada dengan ape jua benda yg ditinggalkan di belakang pandangan anda sebab mata yg memerhati sentiasa menunggu peluang. Tp bukan tuk penduduk bandar jer, di mana-mana pun group pencuri ni berada, pandai2 la jaga diri sendiri sebab kes mencuri ni pon tidak boleh dipandang remeh kerana kadang2 mencuri pon leh tukar jd merompak lam satu2 masa. Dalam hal merompak, kemungkinan untuk membunuh jiwa yang tak berdosa begitu besar.

Aku tak nak tidur lmbat lg !

"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA?
Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ....
Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:


Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.



Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.



Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat~

Dunia Akhir Zaman ~

Dunia sekarang dh bergerak terlalu laju sehingga ade di kalangan kita di panggil KATAK DI BAWAH TEMPURUNG.. Namun kite jgk tak sedar ade di kalangan kite tidak kire TUA mahupon MUDA, yg dh MATANG mahupon BELUM dh ter'ADVANCE' dalam mengikot arus permodenan ni.. Kalau diterliti isu yg bnyk berlaku skarang , lebih bnyk BURUK dri BAIK kn law jdi ADVANCE ni disalah gunakan ~

Kite imbau kes POPULAR dulu.. 2 word, BUANG BAYI ! nmpk senang kn, bayi baru lahir, kite BUANG cmtuh jer.. tp tahu kah anda betapa berat nye DOSA yg trpkse ditanggung oleh SI PEMBUANG BAYI itu ? Tersangat la berat akan AZAB mereka di alam BARZAKH kelak mahupon di alam KUBUR jika mereka masih tidak bertaubat sebelum nafas terakhir. Masih teringat akan kisah didalam majalah popular MASTIKA dimana diceritakan oleh seorang pembuang bayi telah bertaubat setelah bermimpi dikunjungi lelaki tua lalu memaksanya memakan JANIN yg telah digugurkan oleh dia sendiri.. Mungkin ALLAH s.w.t masih ingin kn die bertaubat ke jalan yg benar.
 Namun gejala JAHILLIAH MODEN ni terus berleluasa dengan hampir 517 kes dilapor kan berlaku dari 2005 hingga Jan 2011. Suatu angka yg langsung tidak boleh dipandang remeh. Ape la dosa bayi2 ini kalau dipikirkan. Sedia maklum , hampir keseluruhan bayi yang dibuang ini adalah hasil daripada hubungan seks LUAR NIKAH. Namun si pelaku itu boleh dilabelkan sebagai taraf yang lebih rendah daripada binatang sebab binatang pon syg kn anak. Walaupon bayi-bayi ni dah bertaraf BAYI LUAR NIKAH, namun bayi tu haruslah diberi peluang mengenal dunia dengan ape jua cara sekali pon. Ibu Bapa haram bayi ni boleh jer kawin dan tanggung sme2 anak yg dh dilahirkan tuh.. Tak pon hantar kat rumah anak2 yatim, lepas tu bertaubat, terlepas sudah dosa anda ketika melahirkan anak haram itu wahai si pelaku..


Kesian budak ni kan.. Hari-hari jer dengar kes camni , baru2 jer dngar kat TV9 bayi dibuang dari tingkat 5. Alahai kejamnye manusia sekarang..

Nape sumer ni berlaku? Hubungan Luar Nikah ? camne la leh terjadi hubungan Luar Nikah nih ? Salah satu sebab yg boleh disebutkan ialah Keruntuhan Moral dan Akhlak remaja sekarang. PERGAULAN BEBAS antara lelaki dan pompuan tak kire dalam SEKOLAH mahupon di IPTA n IPTS, wujudnya rasa ingin mencuba sesuatu yg lebih lg antara diorang sendiri. Hasilnye wujud la hubungan seks bebas yg melibatkan pelajar mahupon org luar yg masih belum mempunyai hubungan yg SAH iaitu status SUAMI ISTERI di antara si lelaki dan pompuan.. Ketidak Prihatinan Ibu bapa juga menjadi satu faktor utama kes ini berlaku pabila mereka hanya tahu memanjakan anak mereka, sebok dengan kerja duniawi, namun mereka terlupa tuk mencurah dan mendidik anak mereka dengan ilmu agama supaya menjadi insan yg berguna dan mngenal erti MARUAH DIRI dan KELUARGA. 


Ni la hasil bila ibubapa dah abaikan anak2 mereka.. Ade ke parents yg merasa bangga jikalau topik ni adalah anak mereka sendiri ? Ade ke parents yg akan membuat kenduri besar-besaran bagi meraikan kejayaan anak mereka menempel di FRONT PAGE akhbar-akhbar ini ? Ade ke ?
 

Baru-baru ni dengar pulak BUDAK FORM 2 membuat pengakuan berani mati iatu pengakuan YANG DIA DAH TIDAK ADA DARA LAGI ! And dalam blog beliau , dengan senang2 beliau menonjolkan sendiri KEBODOHAN dia dengan mngatakan bahawa dia bangga mengaku YANG DIA DAH PERNAH "MAEN" dan still ADE MARUAH DIRI. Tak taw la tok guru mane yg ajar die cmtuh.. Tp itulah yg terjadi bila budak-budak yg masih lagi berhingus terlampau mengenal dunia luar dan mencuba sesuatu yang baru..

Ikutilah sambungan post akn datang ~

*ilustrasi diatas hanya lah contoh semate2..

Wei , aku rindu la korang2 ~ hohoho


  Muka Kepenatan kah ? Rasenye time nih baru tengah bukit kot ~ hahaha !



Syahiran Adenan ~ Asal Kelantan ~ Imam Agama aku .. ngee ! XD



Yg ni aku tak taw nk describe cmner sbb die a bit OTAI ! haha ~ Syazwan - Penang Mali ~



Yang  baju hijau tuh Ali.. Roommate sejati aku.. Kecian kena tinggal sorang2 time aku maen dota kat atas ! hahaha !




                                                          GANAS KE ? hahaha !

Wednesday, May 4, 2011

The truth mean of life??

Seseorang yang baru 'brgerak ke hadapan' untuk mengenali erti sebenar kehidupan, namun pada masa yang sama dengan sewenang2 nye beliau mengkritik org len yg lebih 'makan garam' dari diri die sndiri walaupon kritikan itu asal nye brtujuan untuk menasihati. Macam mna tuh?? Jangan lah pernah menggangap diri kite sudah mengenal seluruh pelusuk adat resam kehidupan yang hanya sementara ini.. Kerana kita masih boleh dianggap seperti budak2 jika kita terus melontar kan pendapat yang tujuan nye untuk mengkritik org laen, namun hujah itu sndiri amat la salah pada mata org laen. Kadang2 setengah orang hanya pndai bercakap dan mmberi kn pndapat yang dianggap nye betul, namun die sndiri tidak mngetahui bahawa hati org yg mndengar sedang mngutuk. Bak kte pepatah, Ukur la baju di badan sendiri..

Tuesday, April 26, 2011

27/04/2011 - 12:21am

Tiada manusia yang hidup di dunia ini adalah perfectionist. Namun kita boleh mencuba terbaik untuk menjadi 'perfect' di mata orang lain. Hidup ini tak kan pernah maju jika kita terus menerus mencari kesalahan orang lain sedang kan kita langsung tak membaiki hidup kita sendiri dan terus di ambang kemunduran dan jauh ketinggalan di belakang orang lain mahupun bangsa lain. Cuba la mencari dan meneruskan usaha-usaha yang mampu memajukan diri sendiri dan seterusnya mengangkat martabat bangsa di pandangan bangsa lain. Jangan la asyik mengharap huluran tangan dari orang lain kerana sesungguhnya kita tidak mengetahui sama ada manusia yang membantu itu benar-benar ikhlas ataupun sekadar hendak terus membiarkan kita dibuai hidup dalam bantuan. Berpijak la didunia nyata, bukan di alam mimpi. Berdiri la dengan kaki sendiri, bukan terus mengharapkan orang lain 'mendirikan' anda. Cari la ilmu, agar dapat digunakan pada masa akan datang dikala hidup kita kesenangan, bahkan kesusahan. =)