Welcome to blog yg tak seberapa nih. Sila follow and komen yg mane2 patut and saya akan follow anda ~

Tuesday, April 26, 2011

27/04/2011 - 12:21am

Tiada manusia yang hidup di dunia ini adalah perfectionist. Namun kita boleh mencuba terbaik untuk menjadi 'perfect' di mata orang lain. Hidup ini tak kan pernah maju jika kita terus menerus mencari kesalahan orang lain sedang kan kita langsung tak membaiki hidup kita sendiri dan terus di ambang kemunduran dan jauh ketinggalan di belakang orang lain mahupun bangsa lain. Cuba la mencari dan meneruskan usaha-usaha yang mampu memajukan diri sendiri dan seterusnya mengangkat martabat bangsa di pandangan bangsa lain. Jangan la asyik mengharap huluran tangan dari orang lain kerana sesungguhnya kita tidak mengetahui sama ada manusia yang membantu itu benar-benar ikhlas ataupun sekadar hendak terus membiarkan kita dibuai hidup dalam bantuan. Berpijak la didunia nyata, bukan di alam mimpi. Berdiri la dengan kaki sendiri, bukan terus mengharapkan orang lain 'mendirikan' anda. Cari la ilmu, agar dapat digunakan pada masa akan datang dikala hidup kita kesenangan, bahkan kesusahan. =)

Monday, April 25, 2011

26/04/2011 - 2:06pm

Kadang2 kita merasa resah memikirkan sesuatu hal yang kita rasa amat penting untuk kita pikirkan. Namun tanpa kita sedari, dalam masa yang sama, kita dah lupakan hal-hal lain yang lebih penting dan patut kita pikirkan. Sebab itu juga, kita telah hancurkan masa depan kita semata-mata memikirkan hal-hal yang berkenaan yang tidak patut kita pikirkan pada usia kita. Sedarlah kita bahawa masih ramai insan-insan prihatin  yang menaruh harapan pada kita, untuk melihat kita berjaya, untuk melihat kita bahagia dan yang paling penting untuk membalas jasa-jasa baik yang ditaburkan oleh insan-insan berkenaan pada masa akan datang. Justeru itu, pikir-pikir dan renungkan lah semua masalah yang belum selesai dan masih membelenggu hidup kita ini. Sedia kan sedikit masa untuk diri sendiri bagi memikirkan penyelesaian yang terbaik untuk semua masalah-masalah itu. Dan yang paling penting sentiasa lah ingat bahawa setiap ujian dan halangan yang mendatang pasti ada hikmah yang tersurat dan tersirat oleh Allah s.w.t. Sentiasa la beringat dan menyebut nama-Nya dikala susah dan senang.

Kejadian Langit dan bumi

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

Bismilah~

Bismillah, Hidup kita ni tak akan lari dari masalah dan kesilapan sendiri. Untuk itu, jangan biarkan masalah itu menguasai hidup kita sendiri sampai kita hancur dan terus lemah tanpa boleh bangun lagi. Belajar lah untuk menyelesaikan masalah itu. Mulakan hidup baru tanpa masalah yang lepas2 dan mungkin akan membelenggu hidup kita jika kita mengulanginya lagi.